Thursday, June 17, 2010

Hadiah Khas Buat Streamyx

Saya ingin melaporkan tentang kegagalan pihak streamyx untuk menyelesaikan masalah kerosakan internet di rumah saya. Sejak tahun lepas lagi , keadaan internet saya sering mempunyai masalah yang tidak pernah selesai .Pada tahun ini sahaja, saya sudah membuat aduan tentang kerosakan internet pada syarikat telekom Malaysia iaitu streamyx hampir 7kali, mereka telah menghantar juruteknik mereka untuk menyelesaikan masalah ini dan juruteknik itu mensarankan agar kami membuat pendawaian semula dalam rumah kami akan tetapi masalah ini selesai hanya buat beberapa bulan sahaja dan mula timbul semula sejak sebulan yang lalu.Saya telah menghabiskan wang sebanyak RM 350 untuk membuat pendawaian semula sebanyak 2 kali .



Yang terkini ,pada 6 jun 2010 saya telah melaporkan kepada pihak streamyx tentang kerosakan internet dan mereka telah menghantar juruteknik mereka untuk menyelesaikan masalah ini , juruteknik itu mengatakan terdapat masalah pendawaian pada tiang di luar rumah saya dan pihak telekom telah memperbaiki pendawaian tersebut . Namun setelah beberapa hari kemudian , internet saya masih sukar untuk berfungsi dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan talian. Saya menghubungi semula pihak streamyx dan mereka mengatakan juruteknik sebelum ini menandakan kerosakan pendawaian di dalam rumah saya pada laporan yang lalu . Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan juruteknik tersebut mengatakan terdapat masalah pendawaian di luar rumah?Seminggu kemudian ,saya ditawarkan dengan pakej yang baru untuk menukar kelajuan internet sy drpd 512kbps kepada 1mbps , akan tetapi kelajuan ini tidak dapat ditukarkan kepada 1mbps kerana masalah kerosakan internet di rumah saya masih tidak selesai. Saya merasakan laporan kami seakan-akan tidak diendahkan kerana saya telah melaporkan tentang masalah ini semula kepada pihak streamyx dan mereka berjanji untuk menghantar juruteknik terbaik bagi menyelesaikan masalah ini tetapi hingga ke hari ini saya tidak menerima sebarang kedatangan daripada pihak mereka , saya menganggap mereka tidak bertanggungjawab dan tidak melakukan tugas mereka dengan baik kerana mereka masih tidak menyelesaikan masalah kami dan hanya pandai berjanji sahaja untuk menyelesaikan masalah ini .



Yang terakhir , pada hari ini bersamaan dengan 17 Mei 2010 , saya telah menerima bil telekom pada tarikh 4 Jun 2010 dan meminta bayaran bagi perkhidmatan internet sebanyak RM111.42 sedangkan saya telah di maklumkan oleh pihak telekom bahawa keadaan internet di rumah saya yang kurang memuaskan menyebabkan pakej yang ditawarkan tidak dapat dinaiktaraf , dan mereka mengatakan saya hanya boleh menggunakan pakej yang sedia ada . Dengan pakej yang sedia ada , saya hanya perlu membayar sebanyak RM69.00 sahaja , tetapi mengapa bil pada kali ini seperti sudah "di DOUBLE CHARGED' kepada RM111.42.Ini sudah bermakna pakej saya telah ditukarkan tanpa pengetahuan kami sedangkan sehingga ke hari ini saya jarang menggunakan internet akibat kelajuan internet yang kian perlahan hari demi hari . Saya berharap agar pihak tuan dapat membantu kami dalam masalah ini .Terima kasih .

Report saya di CFM,

Nak menangis orang streamyx kena BANG sama warga CFM lepas nie muahaha padan muka.. (n_n)


No comments:

Post a Comment